BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 2 Julai 2009

Bercuti sejenak di Selayang

suka atau tidak suka saya terpaksa menulis juga, bukannya apa, nak kongsi pengalaman berada di selayang la. kat sni rumah abang saya, dan yang paling menyeronokkan saya telah dua hari menjaga anak saudara saya yang begitu comel.. Aisyatul humayraa...tidak banyak ragam, tidak banyak kerenahnya. Menangis tika nak susu, saya ke dapur dan buatkan, menangis tika nak bermain, saya ambilnya dan bacakan buku serta mengagahnya. sungguh...saya amat gembira bermain dengannya. sekarang saya berada di kafe siber depan rumah abang saya je, lintas jalan je. baru lepas isi borang tuk mohon biasiswa, nak cuba mohon biasiswa lain sebab pinjaman yang saya dapat sekarang tidak tertampung untuk membayar yuran pengajian dan juga yuran kolej saya.

betullah apa yang disiarkan di kaca televisyen sepanjang masa berkenaan kemasukan anak-anak mereka dari keluarga miskin ke universiti atau tempat pengajian mana-mana dalam negara atau luar negara. Susah juga. Saya yang bukan dari golongan kaya dan bukan juga dari golongan miskin merasa kepayahan itu. Walaupun ibu bapa mampu untuk menanggung segala-galanya tetapi saya juga turut terasa bebannya...okayla..daaa