Semester ini memberikan 1001 peristiwa yang tidak pernah saya jangka sebelum ini, semua yang berlaku adalah di luar pemikiran dan saya sendiri tidak percaya dengan apa yang saya lakukan jika dibandingkan dengan kemampuan diri saya. Saya tuan empunya diri ini, saya yang mengetahui sama ada saya dapat melakukannya atau tidak, namun pemikiran saya tidak selari dengan diri saya sendiri. Kenapa Ya Allah? saya mungkin pernah menyesali apa yang saya lakukan, namun saya cuba membuang perasaan itu jauh-jauh sebab Allah SWT tidak suka mereka yang menyesali ujian, mungkin juga takdir daripadaNya buat diri ini. Saya mempunyai pilihan sama ada mahu menerima atau tidak, namun saya lebih memilih jalan untuk menerima. Pada awalnya saya memikirkan bahawa saya mampu lakukannya, dengan dorongan dan sokongan daripada sahabat2 saya mendapat keyakinan tambahan.
Allahuakbar...Allahurabbi, tuntunlah hambaMu ya Allah, hamba tahu, Kaulah yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Kini, sudah hampir tamat musim peperiksaan, saya masih bersisa tiga kertas, kertas wajib jabatan..fuhh..Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..Doakan kejayaan saya. Semester yang sibuk dan banyak dugaan rasanya bagi diriku, tidak dapat diri ini belajar dengan baik, ditinggal-tinggalkan, aaahhh..bermacam rasa lagi. Hamba bermohon kekuatan daripadaMu Ya Tuhanku...
Sabtu, 1 Mei 2010
Semester 2 2009/2010
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 10:23 PTG 0 komentar
Label: Exam
Langgan:
Ulasan (Atom)
