BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 16 September 2009

AIskrim Goreng

Bahan-Bahan:
1 bungkus roti
Sedikit serbuk Roti
1 bekas Ais krim
4 biji telor (Dipukul)
Air kosong - sikit je
Minyak untuk mengoreng


Cara:
1.Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air
3.Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul
4.Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)
5.Bila minyak panas, gorenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)

Cadangan Hidangan:
Nikmatilah dengan teh o panas....sodap...pasti sodap....
Makan ketika ais krim goreng masih panas

Dadih Susu

Bahan-Bahan:

20 cawan air biasa
15g agar-agar
3 cawan air masak
650 g susu tepung everyday
2 tutup esen vanilla
secubit garam
2 cawan gula
1 keping asam keping(sebagai pengilat)
perisa bergantung kpd kesukaan

Cara:

masakkan agar-agar dengan 20 cawan air sehingga betul2 larut.satukan kesemua bhan lain didalam satu bekas sprti jug kacau sehingga sebati.setelah agar2 larut masukkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi,kacau sehingga 2 minit kemudian tutup api..tapis kedalam bekas dan sejukkan,sedia dihidang.

Cadangan Hidangan:
hidangan ini dpt memperoleh 25-30 cawan.segera tutupkan api setelah 2 minit untuk mengelakkan susu mendap ke bawah dan tekstur dadih kasar.

Tambahan:
selepas keluarkan dadih dari pete sejuk,cbe gegarkan dadih,jika dadih anda bergegar di permukaannya SYABAS ANDA TELAH BERJAYA!!!selamat mencuba

dipetik dari lelaman ILUVISLAM.COM

Biskut Mama Carries

Bahan-bahan :

120 gm mentega
50 gm gula
50 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
100 gm gula icing
2 biji telur coklat emulco (untuk hiasan)


Cara membuat:

1) Pukul mentega, gula & gula icing sehingga menjadi lembut & putih

2) Masukkan telur & kacau sebati

3) Diikuti dengan tepung & gaul doh sehingga sebati

4) Canai doh & terap mengikut bentuk yang dikehendaki (selalunya bentuk ‘love’)

5) Kemudian bakar dalam ketuar - suhu 180 darjah celcius sehingga masak. Keluarkan & biarkan sejuk

6) Gunakan aising yg dibuat menggunakan putih telur & gula yg dipukul sebati. Sapu atas biskut

7) Gunakan lidi & celup dalam coklat emulco yg dicairkan & lorek di atas biskut. Biarkan kering.

(Corak blh ikut kreativiti masing-masing). Selamat berkreativiti!