Tidak terasa aku penatnya bermain peluh, syahdunya berlawan kata, riangnya makan bersama...Alhamdulillah, selesai sudah program una, di bawah unit Hal Ehwal Wanita, yakni Hari Lelaki dan Wanita (HALWA). Jangan diketawakan pd nama, lihat dulu isi bekasnya. walaupun xramai ajk, program kami tetap berjalan...alhamdulillah..syukur..trima kasih kepada penaja utama, Abaya, MyHijab, Hiraq, Permata Hijrah,dan lain2. Walaupun ada kekurangan dan ketidakselarasan dalam sesuatu pelaksanaan, itu akan menjadikan sesuatu usaha itu lebih mantap dan bagus. Cuma yang tinggal hanyalah usaha dan jadikan ia sebagai cabang atau jalan kesabaran dalam menjalani kegetiran berpersatuan. Walaupun ada pahitnya, tapi tetap akan menjadi manis..dua hari berkampung di akademi tercintaku, Akademi Pengajian Melayu, berlalu pelbagai kenangan, ada suka, dan mungkin juga ada duka. Tapi saya cuba tolakkan ke tepi yang duka itu dan kunci kemas dalam bukuku. Biar hanya saya sahaja yang simpan dan biar ia berlalu tanpa amaran.
Hari Pertama (16 Januari 2010)
Bermula programnya. Hari ini start bengkel ICT yang diketuai oleh pelajar tahun 3, dari FSKTM (salam cikgu..haha)-NYDP III PMKUM, bgus2..kan da dapat gelaran cikgu muda selaen leftenan muda.hakhak...arini gak start kursus kahwin, kempen derma darah, sokongan daripada Pusat Darah Negara, aduhai warga kampus...susahnye nak menderma setitis darah...Setitis darah akan menyelamatkan nyawa manusia..Fikir2kanlah. Malam Impian Siswi Solehah pula hanya untuk mahasiswi sahaja, ada pertandingan pesona timur tengah, fully supported by Abaya and MyHijab for da clothes and the hadiah also, including hiraq. Thanks to Kak Raja Mazian. :) Jemputan wakil dari setiap persatuan anak negeri telah kami sampaikan namun yang memberi maklum balas tidak ramai. Namun, kami tetap bersyukur sekurang-kurangnya mereka menyokong usaha dan program yang kami anjurkan. Kenapakah mahasiswa sukar untuk memberi sokongan kepada projek yang diadakan di kampus tersendiri? sila jawab ye? :)
Hari Kedua (Sabtu -17 Januari)
Kursus kahwin still on..till evening. Pagi tu, saya handle part pertandingan menghias kek, thanks a lot to Kak Hamizan dan suami, Abang Mahathir kerana memberi sumbangan kek dan bahan-bahannya. Alhamdulillah, ramai yang ingin mnyertai dan peserta untuk pertandingan ini pula terhad. Ramai juga yang kecewa kerana tidak dapat merasai keseronokan dan keterujaan menghias kek ising...saya pun sama, bila la nak cuba buat jugak. Aishhh...tapi xpe, saya berpuas hati dengan pengisian pagi itu. Pada masa yang sama, bengkel ICT 2 turut dijalankan, conducted by Exco Penerbitan PMKUM...Alhamdulillah..Bengkel ICT mendapat sambutan ramai..tahniah kepada conducter atas kejayaan anda sebagai pelaksana bengkel. (Kecewa cket sbb xdpt join). Camne nak join? saya yang anjur, xkan saya plak yang join? hahahaha..
sume duk tanya, xamek ke kursus kahwin? aishhh..nanti2la..sy penganjur, xmaula saya jd pesertanya, nanti yang tinggal sbg ajk pelaksana adalah kerusi dan meja..hahahhaha
Malam tu ada diskusi yang bertajuk "Hatiku Milik Siapa?". Panelnya ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Ustazah Fatimah Syarha. Tapi betapa ruginya sebab xdapat duduk betul2 untuk dengar diskusi...alhamdulillah, diskusi ini mendpat sambutan ramai...
Saya tidak boleh mengatakan sesuatu perkara itu akan biasa berlaku dalam sesuatu program yang menampakkan ketidakprofesionalan para pelaksana. Bukan semua ajk pelaksana ada pengalaman yang cukup untuk melaksanakan sesuatu program, orang yang berkecimpung dalam dunia pengurusan juga kadang2 menampakkan kelekehan mereka. Inikan pula mahasiswa yang belajar melaksana dan mengurus program. Apa-apapun, daripada program ini diharap adik2 dapat mempelajari dan mengetahui cara pelaksanaan, prorokol dan sebagainya dan jadikan penyertaan ini sebgai pengalaman berharga anda. InsyaAllah..Mereka yang sanggup berdepan dengan kesusahan dan kesabaran adalah orang yang kuat dan tegar dalam menghadapi cabaran mendatang. Alhamdulliah, diskusi malam tu baik pelaksanaannya, dari segi protokol. Penyelarasan yang betul antara unit2 akan menjadikan sesuatu itu bertambah baik.Tahniah semua..
jazakallahukhairankasiro kepada semua barisan pimpinan PMKUM dan adik2 ajk, semoga ukhuwah antara kita bertaut utuh.UKhuwwahfillah~ insyaAllah~
Isnin, 18 Januari 2010
Program~Alhamdulillah
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 8:40 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 komentar:
Catat Ulasan