BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 18 Julai 2009

6 JuLaI 2009



6 Julai 2009, bermula kembali episod girangku di kolej.Pada hari ini, pengajianku pun dah bermula, walaupun kelas hanya 5minit lebih cepat dari masa penungguanku dalam dewan kuliah selama 15 minit. Tetapi, semua itu tak mengapa sebab minggu ini hanyalah minggu pengenalan kepada subjek dan juga dapatmengenali pensyarah yang mengajar. Banyak juga perubahan yang dapat saya lihat dalam minggu pertama di fakulti...terutama perubahan kepada sahabat2 perjuangan, cara pemakaian, dan sebagainya.

Bagi mereka yang sebelum ini berkelompok bagai satu 'geng', sekarang sudah tiada lagi bertiga, berempat, berlima, berenam kalau nak ke mana-mana. Tapi, saya tetap saya...walaupun semester 1 atau 2 atau 3, saya tetap merasakan yang diri saya tetap sama. Pemikiran yang berbeza...itulah yang membuatkan seseorang itu berbeza dan persepsi terhadap sesuatu perkara juga berbeza.

Apabila saya menjejakkan kaki di bilik baru, saya amat-amat berharap, rakan sebilik saya dapat menerima diri saya seadanya dan saya dapat menerima mereka. Alhamdulillah, saya dapat menerima baik kehadiran mereka dan mereka pun sama. Sekarang sudah dua minggu saya berada di kampus ini. Azam yang saya kukuhkan dalam hati, semangat yang saya gengganm hingga kini...saya akan berusaha. Keputusan semester lepas tidak begitu memberangsangkan berbanding semester pertama. Walaupun masih mendapat 3.0 ke atas, tetapi saya berasa tidak puas hati. Bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang saya peroleh sekarang, tetapi, seharusnya saya mendapat keputusan yang lebih baik jika saya gandakan usaha saya. Namun, saya juga ada kelemahan saya sendiri...semester lepas, saya tidak dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik. Saya sendiri tidak tahu kenapa...saya cuba luahkan kepada sahabat2 saya tetapi mereka hanya dapat menasihati saya, saya sendiri yang patut mengubah diri saya sendiri. Bagi semester ini, saya kuatkan azam saya...insyaAllah...doakan saya...usaha saya, kejayaan saya, kegembiraan ibu bapa saya dan saya sendiri...InsyaAllah...Ameenn

0 komentar: