BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 18 Julai 2009

Hadiah Untukku



Malam 13 Julai 2009, saya mendapat panggilan daripada seorang kakak senior dan panggilan itu benar-benar mengejutkan saya. Panggilan itu sebenarnya berupa satu tawaran tugas, tanggungjawab dan amanah yang harus saya pikul sekiranya saya berkata 'okay, baiklah...saya terima'. Saya tidak mengambil masa yang lama, hanya merenung 5-6 saat dan terus berkata 'Ya!' Adakah keputusan saya itu satu keputusan yang tepat? Panggilan tersebut menawarkan saya menjadi wakil tingkat bagi aras tiga di kolej saya. Bertambah lagi suatu amanah yang harus saya pegang kejap, ia bukan sebuah beban yang akan tergantung di atas belikatku, tetapi ia suatu amanah...Sebanyak mana usaha saya untuk menjalankan tanggungjawab baru ini terletak ada usaha dan kemahuan saya sendiri.

14 Julai...
Pada malam ini kolej kami mengadakan minggu mesra untuk meraikan kedatangan junior2 dan sekali gus mengenali senior2. Kali pertama saya menjalankan tugas untuk memastikan semua ahli tingkat tiga turun bermain acara sukaneka.Ia bukan suatu tugas yang berat, saya gembira melakukannya. Bagi program yang diadakan pada minggu itu, saya selaku wakil tingkat turut menjadi ahlijawatankuasa bagi program tersebut. Bagiku, program itu berjaya menarik perhatian warga kolej untuk turun bersama.

Saya bagai tidak percaya apabila satu demi satu permainan yang ahli tingkat kami sertai, menang. Sebelum bermula permainan, kedatangan diambil dan saya dapati semua junior turun dan senior juga turut memberi sokongan. Saya memberi mereka satu dua kata untuk memberikan semangat kepada mereka. Ternyata, semuanya tidak sia-sia...mereka berusaha untuk memenangi hadiah bagi juara tersebut, bukan itu sahaja tujuan mereka turun bagi memberi sokongan kepada ajk minggu mesra, tetapi saya turut melihat sendiri kesungguhan, kerjasama, usaha dan kesepaduan mereka semasa bermain...

Tiga permainan sukaneka yang dipertaruhkan seperti bermain futsal dengan menggunakan bola rugbi, mereka juga turut memanggilnya rugsal-gabungan perkataan futsal dan rugbi. Permainan kedua ialah badminlon, badminton+ belon...cara bermainnya? belon yang diisi dengan air diletakkan di atas kain dan kain itu perlu dipegang oleh ahli kumpulan. Mereka perlu menyambut bola dari pihak lawan, alaaa...macam main badminton, siap ada jaring lagi..Permainan ketiga ialah pulse game-permainan yang satu ni saya tak faham sangat. Orang pertama perlu melihat syiling yang dipegang oleh salah seorang ajk. Dia perlu melihat sama ada syiling yang dilambung itu sama ada bunga ataupun sebaliknya,apabila dia dah tahu,dia perlu gerakkan tangan orang yang berada bersebelahan dan begitulah seterusnya.Sampai kepada orang last, dia perlu cepat2 berlari ke check poin.Permainan ini memerlukan 10 orang pemain dan mereka perlu fokus...jika mereka hilang fokus, gerakan atau isyarat yang diterima akan menjadi lambat.

Walaupun permainan ini kelihatannya senang, tapi sebenarnya susah dan menyakitkan. Pernah tengok orang main futsal guna bola rugbi? ermm...kasihan kat junior2...penat mereka bermain. Tetapi lelah mereka berkahir dengan senyuman apabila mereka berjaya merangkul semua kemenangan dan keseluruhan markah berpihak kepada aras kami. Alhamdulillah...

Hari ini, 19 Julai...
Kami bertolak ke Janda Baik. Mereka semua gembira dan tidak sabar2 untuk sampai ke sana. Baju persalinan juga dibawa jika ada air terjun...berbaloi segala penat lelah mereka. Bersyukur saya di dalam hati...

19 Julai juga Hari Lahirku...
Saya menganggap perkelahan sehari di sana sebagai hadiah untukku...
Walaupun kami tidak ke Janda Baik tetapi melencong ke HUtan Lipur Lentang...
Saya juga berpuas hati kerana dapat mandi sungai...
Bezanya sambutan hari lahirku tahun ini...tiada kek dan tidak ramai yang mengetahui hari lahirku...Bersyukur padaMu kerana saya masih dikurniakan nafas, badan yang sihat, keluarga yang gembira...Ameen Ya Allah...

0 komentar: