Aaaahhh, aku akan merindui segala2nya di sini. Tak lama lagi semester baru akan bermula dan aku akan menerima junior2, siapa yang bakal menjadi junior sebilik dengan aku ye? ermm...sebelum terlupa, mohon ampun dan maaf, sebelum nie aku tak pernah bahasakan diri aku ialah "AKU" kerana aku fikir bahasakan diri camni bunyinya terlalu kasar,eh...bukan jugak, tak biasa sebenarnya. Kalau dalam percakapan akan aku bahasakan diri aku dengan nama, tapi keadaan ini dah berbeza, di sini aku yang mengarang apa yang terdapat dalam fikiran aku.
Kasar kan? entahla...persepsi setiap orang berbeza2, dan kita tak boleh nak jugde orang tu, orang ni seorang yang kasar. zaman dah berubah...tapi, walau apapun, jadilah siapa diri kita yang sebenar. Sukar ke nak jadi diri kita yang sebenar? Ada yang mengubah perwatakan apabila berada di tempat yang asing, katanya nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Susah jugak kalau camni.
Semalam,
Aku keluar shoppin dengan my mom, beli barang ckit2 untuk buka sem nanti. Aku tengok pelbagai ragam manusia di situ, rupa2nya seronok juga tengok ragam manusia ni, tambah2 pabila mereka shoppin! especially wanita la...ha! ni satu, erm..kalau aku tengok orang lain camtu, camne plak orang lain tengok ragam aku dengan my mom shoppin? lucu betul! mereka yang berada di shoppin kompleks ni bukan saja nak bershppin, tapi nak tengok orang...pelik kan? Selalunya orang lelaki la yang suka tengok lagak wanita membeli-belah.hahahaha...
alamak, lupa nak wat sesuatu...chow dulu.
Jumaat, 26 Jun 2009
4 Hari Lagi...
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 8:56 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 komentar:
Catat Ulasan