BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 22 Jun 2009

Gelisah melingkari hati



Resah, sedih, rindu dan bermacam rasa lagi...semuanya berpaut kemas sesama sendiri. Inilah yang aku rasakan sekarang, aku berasa sungguh resah apbla aku fikirkan yang aku akan tinggalkan rumah tak lama lagi. Aku berasa sedih yang aku tidak dapat berbakti kepada umi dan ayahku lagi serta keluargaku. Aku juga akan merindui kamu sekiranya aku melangkah keluar dari pagar halaman rumahku...

Apabila difikirkan memang itulah yang akan kita rasa...terlalu banyak perasaan timbul yang akan menggambarkan fikiran dan keadaan hati kita pada masa-masa tertentu.Cuti panjangku akan habis seminggu je lagi dan aku akan memulakan hidupku di tempat pengajianku, erm..bukan memulakan tetapi meneruskan. Ya! meneruskan. Perjuangan aku belum selesai...masuk semester depan aku akan berada di tahun dua dan aku akan mempunyai junior...camne rasa ye menjadi senior? errmm...nantila, akan aku ceritakan setelah aku alaminya.

Masuk semester depan, aku akan menjadi orang yang sibuk! jangan mengeluh...itu tugas aku. banyak jugak pendapat yang aku dengar, tentang penglibatan peljar dlm aktiviti kolej dan juga Universiti. terlalu banyak pendapat...tapi terpulanglah kepada diri kita sendri sama ada kita mahukannya ataupun tidak. Memikul tanggungjawab bukanlah bererti memikul beban...memang betul kata2 senior aku, jangan sesekali menganggap tugas atau tanggungjawab yang diterima sebagai beban...ikhlas menerima tugas dan ikhlas melaksanakannya..InsyaAllah.. dipermudahkan perjalanan kita.

okla..banyak cerita yang hendak dikongsi, tetapi setakat ini dulula..

undur diri dulu...Salam

0 komentar: