
Dari sehari ke sehari aku semakin teringat kenangan lalu...terlalu sukar untuk aku lupakan kenangan semasa kita bersama. Aku akui, diriku mudah untuk mendapat kawan kerana sifatku yang mudah mesra..tapi mudah juga aku kehilangan kawan kerana apa aku sendiri pun tak pasti. 'Mudah hilang kawan', bukan maksudku untuk menyatakan kawan2 aku akan lari dari lingkaran aku...tetapi, setelah kami mesra bersama selama beberapa ketika, kami akan jadi renggang dan sampai sekarang aku masih mencari dimanakah silapnya dalam hubungan persahabatn aku...namun, aku hilang punca. Aku tak tahu..betul2 xtahu apa salah aku.
Ada seorang sahabatku memberitahu aku bahawa aku mudah mendapat kawan dan aku tidak terlalu bergantung kepada kawan untuk pergi ke mana-mana...adakah itu satu kenyataan yang mengatakan aku ini seorang yang independant? Aku tak pula fikir diriku seperti itu...aku juga seorang insan yang
memerlukan kawan...untuk aku berbual mesra dan untuk aku meluahkan rasa. Aku makin buntu apabila aku fikirkan masalah ini, adakah ia berpunca dari diriku sendiri? atau adakah itu hanya rasa aku? aku betul2 xtahu.
Kalau aku fikir sampai hilangkan mood pun tak guna juga, aku akan cuba lagi cari silapnya di mana dalam persahabatn kami. Aku ramai sahabat, kawan...tapi, adakah mereka akan kekal bersama aku? Andai aku buat silap, maafkanlah aku...maafkan aku...segala kenangan yang pernah kita lalui bersama akan tetap aku kenang sampai bila2...gambar kenangan kita bersama akan tetap aku tatap...terima kasih sahabat...sayang semua.
Selasa, 23 Jun 2009
Khabar dari sahabat
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 3:55 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 komentar:
Catat Ulasan