Bahan-Bahan:
1 bungkus roti
Sedikit serbuk Roti
1 bekas Ais krim
4 biji telor (Dipukul)
Air kosong - sikit je
Minyak untuk mengoreng
Cara:
1.Mula2 basahkan roti cikit,masukkan ais krim ke dlm roti yang dibasahkan tadi.
2.Tutup roti sehingga menjadi bulat, tutup dengan menggunakan air
3.Selepas tu...golek dengan telor yang sudah di pukul
4.Dan salut dengan serbuk roti (golekkanlah dengan serbuk roti)
5.Bila minyak panas, gorenglah dengan agak2 garing (api jangan besar sangat)
Cadangan Hidangan:
Nikmatilah dengan teh o panas....sodap...pasti sodap....
Makan ketika ais krim goreng masih panas
Rabu, 16 September 2009
AIskrim Goreng
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 12:46 PG 0 komentar
Label: Resepi
Dadih Susu
Bahan-Bahan:
20 cawan air biasa
15g agar-agar
3 cawan air masak
650 g susu tepung everyday
2 tutup esen vanilla
secubit garam
2 cawan gula
1 keping asam keping(sebagai pengilat)
perisa bergantung kpd kesukaan
Cara:
masakkan agar-agar dengan 20 cawan air sehingga betul2 larut.satukan kesemua bhan lain didalam satu bekas sprti jug kacau sehingga sebati.setelah agar2 larut masukkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi,kacau sehingga 2 minit kemudian tutup api..tapis kedalam bekas dan sejukkan,sedia dihidang.
Cadangan Hidangan:
hidangan ini dpt memperoleh 25-30 cawan.segera tutupkan api setelah 2 minit untuk mengelakkan susu mendap ke bawah dan tekstur dadih kasar.
Tambahan:
selepas keluarkan dadih dari pete sejuk,cbe gegarkan dadih,jika dadih anda bergegar di permukaannya SYABAS ANDA TELAH BERJAYA!!!selamat mencuba
dipetik dari lelaman ILUVISLAM.COM
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 12:45 PG 0 komentar
Label: Resepi
Biskut Mama Carries
Bahan-bahan :
120 gm mentega
50 gm gula
50 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
100 gm gula icing
2 biji telur coklat emulco (untuk hiasan)
Cara membuat:
1) Pukul mentega, gula & gula icing sehingga menjadi lembut & putih
2) Masukkan telur & kacau sebati
3) Diikuti dengan tepung & gaul doh sehingga sebati
4) Canai doh & terap mengikut bentuk yang dikehendaki (selalunya bentuk ‘love’)
5) Kemudian bakar dalam ketuar - suhu 180 darjah celcius sehingga masak. Keluarkan & biarkan sejuk
6) Gunakan aising yg dibuat menggunakan putih telur & gula yg dipukul sebati. Sapu atas biskut
7) Gunakan lidi & celup dalam coklat emulco yg dicairkan & lorek di atas biskut. Biarkan kering.
(Corak blh ikut kreativiti masing-masing). Selamat berkreativiti!
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 12:23 PG 0 komentar
Label: Resepi
Ahad, 6 September 2009
Sudah lama kurasakan

Tengok...da lama xbuka bl0g n x update..
sejak akhir2 ni saya makin sibuk dengan program persatuan...banyak kenangan kami rangkaikan bersama, sepatutnya saya encoret serba sedikit tentang program atau aktiviti yang saya sertai..itu janji saya dan azam saya mula2 saya buat bl0g. Hajat di hati nak menceritakan kehidupan saya sebagai mahasiswa di kampus kota. Malam ni saya cuba c0retkan sedikit kerana saya rasa azam saya tu da hampir terkubur, aduh...
Sebenarnya bukan tentang penglibtan aktiviti yang saya sertai sahaja mahu sayan tuliskan di sini, tetapi semuanya...berkaitan rasa, pndapat dan ketidakpuasanhati...namun, saya tidak dapat tunaikan segala hasrat kecil itu.
Saya akan cuba cari masa untuk menulis...sedangkan orang yang lebih sibuk daripada saya boleh melakarkan rasa, kenapa tidak saya? insyaAllah semuanya...
Kesempatan nie, saya nak ucapkan SELAMAT MENEMPUH IBADAH PUASA DENGAN PENUH KETABAHAN DAN MERASAI NIKMATNYA PADA AKHIR NANTI...INSYAALLAH...
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 10:17 PG 0 komentar
Isnin, 20 Julai 2009
Sejuknya air sungai...


19 Julai 2009
7.45 pagi...kami diminta berkumpul di foyer kolej tapi kami masih berada di dewan makan, sarapan pagi dulu sebelum bertolak. Lebih kurang pukul 8 kami bergegas ke tempat yang dijanjikan. Sudah ramai yang menunggu, junior2 pun dah tunggu...tak makan pagi ke diaorang? Ermmm...Ketua rombongan bagi kertas senarai nama bagi memastikan semua nama yang tersenarai ada di situ. Satu-persatu nama saya panggil dan ada juga yang tidak dapat pergi sebab tidak sihat dan ada juga yang pulang ke rumah keluarga.
Lebih kurang 8.20 pagi kami bertolak ke Hutan Lipur Lentang, dua buah bas akan menuju ke sana, sebuah bas untuk lelaki dan sebuah lagi untuk kami kaum hawa...huhu.Tidak sabar rasanya...Saya terlelap seketika, rasa nak muntah pun ada sebab perut tengah kenyang, dahla kami ambil tempat duduk di belakang, sekali naik bonggol, melambung kami...hahahahaha.Kelakar sangat...
Kami yang saya maksudkan di sini...
Saya bersama tiga lagi sahabat saya...terima kasih sahabat...hanya kamu yang memahami diri saya. Dua orang adik mengikuti kumpulan kami, salah seorang junior sebilik sahabat saya dan seorang lagi rakan sebilik saya. Walaupun dia bagai adik saya tetapi dia sama tahun dengan saya...tahun 2.
Sekitar 9.30 pagi...
Kami sampai ke tempat yang dituju...Kami semua tercengang...mana Janda Baiknya???
Rupa-rupanya kami tidak akan ke Janda Baik tetapi di Hutan Lipur Lentang. Walaupun kami semua kehairanan tetapi kami tidak mahu menyoal banyak ajk rombongan...Kami berasa dah cukup puas..Setelah bas diparkir, kami bergegas turun untuk melihat suasana di sana.
Bas diparkir di luar dan kami hanya berjalan kaki masuk ke dalam...suasananya nampak bagus juga. Saya melihat ada taman dan jambatan...ada juga yang sedang berkelah. Kami diminta berkumpul dan ajk rombongan meminta kami menukar baju jika nak mandi sungai nanti...Sukarnya nak buat keputusan...hahah..lama jugak berdiri di situ dan akhirnya saya bersama sahabat menukar baju di tandas. Bayaran...20sen.
Setelah semua siap menukar baju, sahabat saya seorang lagi berubah fikiran dan dia pun bergegas menukar pakaian di tandas. Akhirnya...kami bersama tiga ajk menunggunya...hahahaha..Lucu juga masa tu, Kami takut tiada tempat untuk menukar baju...takkan nak pakai baju cantik dan berseluar jeans untuk mandi sungai? hahahah...
Kami pun berjalan lagi menuju ke atas sedikit, hampa...mana mereka semua? Ajk rombongan pun segera menelefon mereka. Kami pun berjalan lagi naik ke atas. Akhirnya jumpa juga...mereka melaung2 memanggil kami, nampaknya mereka sudah basah mandi sungai...tak sabarnya...
Kami terus ke sana...turun tangga dan kami meletakkan jam, beg duit, dan telefon ke dalam satu beg galas..makanan...kami tidak lupa..Kemudian kami pun turun ke sungai...Sejuknya air sungai ni...waaaaaaaaaaa...gembira betul. Hari jadi saya hari ini dan saya rasa inilah hadiah terhebat bagi saya, walaupun mereka tidak tahu hari ini hari istimewa saya, saya juga berasa gembira...
Kami mandi berjam-jam lamanya, berendam, mengambil gambar, dan bercerita di dalam sungai...sejuknya...eeeeeeeeeee...Saya juga mengambil peluang ini untuk berkenalan dengan junior2, nama penuh mereka, fakulti mana, ambil kursus apa dan sebagainya...Walaupun tidak semua yang terlibat, ramai lagi senior yang mandidi seberang batu2 besar. Kaum adam mandi kat atas lagi...nasib kami baik, tak adalah kami segan nak mandi kat situ...
Kami gembira sampai tak terkata...
gembira...Seronok...
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 1:36 PG 0 komentar
Ahad, 19 Julai 2009
You Are In A Million

You're one in a million
Oh
Now
You're one in a million
Oh
Sometimes love can hit you every day
Sometimes you can fall for everyone you see
Only one can really make me stay
A sign from the sky
Said to me
[Chorus]
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone
You smile, there you were and I was gone
I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me
Yeah
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one, the one for me
[Chorus x 2]
I was cool and everything was possible
They tried to catch me but it wasn't possible
No one could hurt me it was my game
Until I met you baby and we're the same
And when you didn't want me, I wanted you
Because the finer thing about it was I like the show
I like it when its difficult I like it when it's hard
You know it's worth it that you found your heart
[Chorus x 2]
You're one in a million
Oh
You're one in a million
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 6:03 PG 0 komentar
Sabtu, 18 Julai 2009
Hadiah Untukku

Malam 13 Julai 2009, saya mendapat panggilan daripada seorang kakak senior dan panggilan itu benar-benar mengejutkan saya. Panggilan itu sebenarnya berupa satu tawaran tugas, tanggungjawab dan amanah yang harus saya pikul sekiranya saya berkata 'okay, baiklah...saya terima'. Saya tidak mengambil masa yang lama, hanya merenung 5-6 saat dan terus berkata 'Ya!' Adakah keputusan saya itu satu keputusan yang tepat? Panggilan tersebut menawarkan saya menjadi wakil tingkat bagi aras tiga di kolej saya. Bertambah lagi suatu amanah yang harus saya pegang kejap, ia bukan sebuah beban yang akan tergantung di atas belikatku, tetapi ia suatu amanah...Sebanyak mana usaha saya untuk menjalankan tanggungjawab baru ini terletak ada usaha dan kemahuan saya sendiri.
14 Julai...
Pada malam ini kolej kami mengadakan minggu mesra untuk meraikan kedatangan junior2 dan sekali gus mengenali senior2. Kali pertama saya menjalankan tugas untuk memastikan semua ahli tingkat tiga turun bermain acara sukaneka.Ia bukan suatu tugas yang berat, saya gembira melakukannya. Bagi program yang diadakan pada minggu itu, saya selaku wakil tingkat turut menjadi ahlijawatankuasa bagi program tersebut. Bagiku, program itu berjaya menarik perhatian warga kolej untuk turun bersama.
Saya bagai tidak percaya apabila satu demi satu permainan yang ahli tingkat kami sertai, menang. Sebelum bermula permainan, kedatangan diambil dan saya dapati semua junior turun dan senior juga turut memberi sokongan. Saya memberi mereka satu dua kata untuk memberikan semangat kepada mereka. Ternyata, semuanya tidak sia-sia...mereka berusaha untuk memenangi hadiah bagi juara tersebut, bukan itu sahaja tujuan mereka turun bagi memberi sokongan kepada ajk minggu mesra, tetapi saya turut melihat sendiri kesungguhan, kerjasama, usaha dan kesepaduan mereka semasa bermain...
Tiga permainan sukaneka yang dipertaruhkan seperti bermain futsal dengan menggunakan bola rugbi, mereka juga turut memanggilnya rugsal-gabungan perkataan futsal dan rugbi. Permainan kedua ialah badminlon, badminton+ belon...cara bermainnya? belon yang diisi dengan air diletakkan di atas kain dan kain itu perlu dipegang oleh ahli kumpulan. Mereka perlu menyambut bola dari pihak lawan, alaaa...macam main badminton, siap ada jaring lagi..Permainan ketiga ialah pulse game-permainan yang satu ni saya tak faham sangat. Orang pertama perlu melihat syiling yang dipegang oleh salah seorang ajk. Dia perlu melihat sama ada syiling yang dilambung itu sama ada bunga ataupun sebaliknya,apabila dia dah tahu,dia perlu gerakkan tangan orang yang berada bersebelahan dan begitulah seterusnya.Sampai kepada orang last, dia perlu cepat2 berlari ke check poin.Permainan ini memerlukan 10 orang pemain dan mereka perlu fokus...jika mereka hilang fokus, gerakan atau isyarat yang diterima akan menjadi lambat.
Walaupun permainan ini kelihatannya senang, tapi sebenarnya susah dan menyakitkan. Pernah tengok orang main futsal guna bola rugbi? ermm...kasihan kat junior2...penat mereka bermain. Tetapi lelah mereka berkahir dengan senyuman apabila mereka berjaya merangkul semua kemenangan dan keseluruhan markah berpihak kepada aras kami. Alhamdulillah...
Hari ini, 19 Julai...
Kami bertolak ke Janda Baik. Mereka semua gembira dan tidak sabar2 untuk sampai ke sana. Baju persalinan juga dibawa jika ada air terjun...berbaloi segala penat lelah mereka. Bersyukur saya di dalam hati...
19 Julai juga Hari Lahirku...
Saya menganggap perkelahan sehari di sana sebagai hadiah untukku...
Walaupun kami tidak ke Janda Baik tetapi melencong ke HUtan Lipur Lentang...
Saya juga berpuas hati kerana dapat mandi sungai...
Bezanya sambutan hari lahirku tahun ini...tiada kek dan tidak ramai yang mengetahui hari lahirku...Bersyukur padaMu kerana saya masih dikurniakan nafas, badan yang sihat, keluarga yang gembira...Ameen Ya Allah...
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 11:00 PG 0 komentar
6 JuLaI 2009

6 Julai 2009, bermula kembali episod girangku di kolej.Pada hari ini, pengajianku pun dah bermula, walaupun kelas hanya 5minit lebih cepat dari masa penungguanku dalam dewan kuliah selama 15 minit. Tetapi, semua itu tak mengapa sebab minggu ini hanyalah minggu pengenalan kepada subjek dan juga dapatmengenali pensyarah yang mengajar. Banyak juga perubahan yang dapat saya lihat dalam minggu pertama di fakulti...terutama perubahan kepada sahabat2 perjuangan, cara pemakaian, dan sebagainya.
Bagi mereka yang sebelum ini berkelompok bagai satu 'geng', sekarang sudah tiada lagi bertiga, berempat, berlima, berenam kalau nak ke mana-mana. Tapi, saya tetap saya...walaupun semester 1 atau 2 atau 3, saya tetap merasakan yang diri saya tetap sama. Pemikiran yang berbeza...itulah yang membuatkan seseorang itu berbeza dan persepsi terhadap sesuatu perkara juga berbeza.
Apabila saya menjejakkan kaki di bilik baru, saya amat-amat berharap, rakan sebilik saya dapat menerima diri saya seadanya dan saya dapat menerima mereka. Alhamdulillah, saya dapat menerima baik kehadiran mereka dan mereka pun sama. Sekarang sudah dua minggu saya berada di kampus ini. Azam yang saya kukuhkan dalam hati, semangat yang saya gengganm hingga kini...saya akan berusaha. Keputusan semester lepas tidak begitu memberangsangkan berbanding semester pertama. Walaupun masih mendapat 3.0 ke atas, tetapi saya berasa tidak puas hati. Bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang saya peroleh sekarang, tetapi, seharusnya saya mendapat keputusan yang lebih baik jika saya gandakan usaha saya. Namun, saya juga ada kelemahan saya sendiri...semester lepas, saya tidak dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik. Saya sendiri tidak tahu kenapa...saya cuba luahkan kepada sahabat2 saya tetapi mereka hanya dapat menasihati saya, saya sendiri yang patut mengubah diri saya sendiri. Bagi semester ini, saya kuatkan azam saya...insyaAllah...doakan saya...usaha saya, kejayaan saya, kegembiraan ibu bapa saya dan saya sendiri...InsyaAllah...Ameenn
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 7:10 PG 0 komentar
Isnin, 13 Julai 2009
Rossa feat. Pasha Ungu – Terlanjur Cinta
waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan
malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan
reff:
aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan
repeat reff
Popularity: unranked [?]
Lirik lagu Rossa feat. Pasha Ungu – Terlanjur Cinta ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Rossa feat. Pasha Ungu – Terlanjur Cinta.
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 8:44 PG 0 komentar
Khamis, 2 Julai 2009
Bercuti sejenak di Selayang
suka atau tidak suka saya terpaksa menulis juga, bukannya apa, nak kongsi pengalaman berada di selayang la. kat sni rumah abang saya, dan yang paling menyeronokkan saya telah dua hari menjaga anak saudara saya yang begitu comel.. Aisyatul humayraa...tidak banyak ragam, tidak banyak kerenahnya. Menangis tika nak susu, saya ke dapur dan buatkan, menangis tika nak bermain, saya ambilnya dan bacakan buku serta mengagahnya. sungguh...saya amat gembira bermain dengannya. sekarang saya berada di kafe siber depan rumah abang saya je, lintas jalan je. baru lepas isi borang tuk mohon biasiswa, nak cuba mohon biasiswa lain sebab pinjaman yang saya dapat sekarang tidak tertampung untuk membayar yuran pengajian dan juga yuran kolej saya.
betullah apa yang disiarkan di kaca televisyen sepanjang masa berkenaan kemasukan anak-anak mereka dari keluarga miskin ke universiti atau tempat pengajian mana-mana dalam negara atau luar negara. Susah juga. Saya yang bukan dari golongan kaya dan bukan juga dari golongan miskin merasa kepayahan itu. Walaupun ibu bapa mampu untuk menanggung segala-galanya tetapi saya juga turut terasa bebannya...okayla..daaa
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 8:04 PTG 0 komentar
Jumaat, 26 Jun 2009
4 Hari Lagi...
Aaaahhh, aku akan merindui segala2nya di sini. Tak lama lagi semester baru akan bermula dan aku akan menerima junior2, siapa yang bakal menjadi junior sebilik dengan aku ye? ermm...sebelum terlupa, mohon ampun dan maaf, sebelum nie aku tak pernah bahasakan diri aku ialah "AKU" kerana aku fikir bahasakan diri camni bunyinya terlalu kasar,eh...bukan jugak, tak biasa sebenarnya. Kalau dalam percakapan akan aku bahasakan diri aku dengan nama, tapi keadaan ini dah berbeza, di sini aku yang mengarang apa yang terdapat dalam fikiran aku.
Kasar kan? entahla...persepsi setiap orang berbeza2, dan kita tak boleh nak jugde orang tu, orang ni seorang yang kasar. zaman dah berubah...tapi, walau apapun, jadilah siapa diri kita yang sebenar. Sukar ke nak jadi diri kita yang sebenar? Ada yang mengubah perwatakan apabila berada di tempat yang asing, katanya nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Susah jugak kalau camni.
Semalam,
Aku keluar shoppin dengan my mom, beli barang ckit2 untuk buka sem nanti. Aku tengok pelbagai ragam manusia di situ, rupa2nya seronok juga tengok ragam manusia ni, tambah2 pabila mereka shoppin! especially wanita la...ha! ni satu, erm..kalau aku tengok orang lain camtu, camne plak orang lain tengok ragam aku dengan my mom shoppin? lucu betul! mereka yang berada di shoppin kompleks ni bukan saja nak bershppin, tapi nak tengok orang...pelik kan? Selalunya orang lelaki la yang suka tengok lagak wanita membeli-belah.hahahaha...
alamak, lupa nak wat sesuatu...chow dulu.
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 8:56 PTG 0 komentar
Selasa, 23 Jun 2009

Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com![]()
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 5:37 PG 0 komentar
Khabar dari sahabat

Dari sehari ke sehari aku semakin teringat kenangan lalu...terlalu sukar untuk aku lupakan kenangan semasa kita bersama. Aku akui, diriku mudah untuk mendapat kawan kerana sifatku yang mudah mesra..tapi mudah juga aku kehilangan kawan kerana apa aku sendiri pun tak pasti. 'Mudah hilang kawan', bukan maksudku untuk menyatakan kawan2 aku akan lari dari lingkaran aku...tetapi, setelah kami mesra bersama selama beberapa ketika, kami akan jadi renggang dan sampai sekarang aku masih mencari dimanakah silapnya dalam hubungan persahabatn aku...namun, aku hilang punca. Aku tak tahu..betul2 xtahu apa salah aku.
Ada seorang sahabatku memberitahu aku bahawa aku mudah mendapat kawan dan aku tidak terlalu bergantung kepada kawan untuk pergi ke mana-mana...adakah itu satu kenyataan yang mengatakan aku ini seorang yang independant? Aku tak pula fikir diriku seperti itu...aku juga seorang insan yang
memerlukan kawan...untuk aku berbual mesra dan untuk aku meluahkan rasa. Aku makin buntu apabila aku fikirkan masalah ini, adakah ia berpunca dari diriku sendiri? atau adakah itu hanya rasa aku? aku betul2 xtahu.
Kalau aku fikir sampai hilangkan mood pun tak guna juga, aku akan cuba lagi cari silapnya di mana dalam persahabatn kami. Aku ramai sahabat, kawan...tapi, adakah mereka akan kekal bersama aku? Andai aku buat silap, maafkanlah aku...maafkan aku...segala kenangan yang pernah kita lalui bersama akan tetap aku kenang sampai bila2...gambar kenangan kita bersama akan tetap aku tatap...terima kasih sahabat...sayang semua.
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 3:55 PG 0 komentar
Isnin, 22 Jun 2009
Selamat Hari Bapa

“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.
Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.
“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”
Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.
“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.
Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah.
Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk.
Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.
“ Nanti!” Kak Sarah menahannya.
“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.
“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya.
Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.
Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.
Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.
Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.
Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.
“ Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.
“ Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu.
Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya.
Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin.
Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah.
Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah.
Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa.
Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia.
Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.
“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.
“ Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya.
“ Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.
“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi...”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma.
“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.
Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.
Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.
dipetik dari lelaman:
www.iluvislam.com
terima kasih kepada:
qamar_muneera
editor: azzahra_solehah
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 12:05 PTG 0 komentar
Gelisah melingkari hati

Resah, sedih, rindu dan bermacam rasa lagi...semuanya berpaut kemas sesama sendiri. Inilah yang aku rasakan sekarang, aku berasa sungguh resah apbla aku fikirkan yang aku akan tinggalkan rumah tak lama lagi. Aku berasa sedih yang aku tidak dapat berbakti kepada umi dan ayahku lagi serta keluargaku. Aku juga akan merindui kamu sekiranya aku melangkah keluar dari pagar halaman rumahku...
Apabila difikirkan memang itulah yang akan kita rasa...terlalu banyak perasaan timbul yang akan menggambarkan fikiran dan keadaan hati kita pada masa-masa tertentu.Cuti panjangku akan habis seminggu je lagi dan aku akan memulakan hidupku di tempat pengajianku, erm..bukan memulakan tetapi meneruskan. Ya! meneruskan. Perjuangan aku belum selesai...masuk semester depan aku akan berada di tahun dua dan aku akan mempunyai junior...camne rasa ye menjadi senior? errmm...nantila, akan aku ceritakan setelah aku alaminya.
Masuk semester depan, aku akan menjadi orang yang sibuk! jangan mengeluh...itu tugas aku. banyak jugak pendapat yang aku dengar, tentang penglibatan peljar dlm aktiviti kolej dan juga Universiti. terlalu banyak pendapat...tapi terpulanglah kepada diri kita sendri sama ada kita mahukannya ataupun tidak. Memikul tanggungjawab bukanlah bererti memikul beban...memang betul kata2 senior aku, jangan sesekali menganggap tugas atau tanggungjawab yang diterima sebagai beban...ikhlas menerima tugas dan ikhlas melaksanakannya..InsyaAllah.. dipermudahkan perjalanan kita.
okla..banyak cerita yang hendak dikongsi, tetapi setakat ini dulula..
undur diri dulu...Salam
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 11:39 PG 0 komentar
Label: Cuti
Isnin, 15 Jun 2009
Salam..
da lama xmnulis lam blog nie..sbnrnya trlalu byk yg sy nak tulis, tp xde masa la..trlalu byk crita yg sy nak kongsi di sini..skarang cuti sem. masuk sem depan sy da masuk tahun 2. trlalu cepat masa brlalu. rasa macam baru lagi sy msuk um..haha. kptsn xm da dpt, n skang nk plih major minor. susahnya nk buat kptsn...tgokla camne nati, k.la..xtau nk tulis pe ag..salam sume
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 7:07 PG 0 komentar
Isnin, 23 Mac 2009
APMUM-minggu ke 12
skang da masuk minggu ke 12, ada 2mggu ag kuliah, tu pon da ada kuliah yg da tamat, kuliah seni la..hak3..pastu stdy week..stdy week,jgn maen2,,patutnye da start stdy skang..insyaAllah..una nk upgradekan result lepas..insyaAllah..umi,ayoh, my siblings..doakan una..ameeennn
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 8:15 PG 0 komentar
Selasa, 10 Mac 2009
TeStInG...tEsTiNg
assalamualaikum dan salam sejahtera...
salam muhibbah saya ucpkn..hehe
sy still baru dlm bidg blog mblog ni, xtau ag cmne nk wat blog sdri, byk bende yg sy nk kongsikan. walau pape pun, sy cuba cari masa tuk update
blog sy ni n skaligus menceriakan pelangiceriaku ini...:)
skang ni cibuk sangat2 coz saiment da nak kene submit, minggu ni dua kene submit..bagus sangt..tp belum siap maa..
nk struggle wat ni, insyaAllah...
TerNukil oLeH : annurkhoirun jam 7:50 PTG 0 komentar
